Thursday, 15 March 2012

Bersabarlah duhai hati~


Bersabarlah duhai hati..
Setelah hujan habis menitikkan air yang penuh di perut awan,
Akan datang mentari dan pelangi untuk mencantikkannya..

Bersabarlah duhai hati..
Walau kau pegang sekuat mana ukhuwwah itu, jika itu bukan aturanNya, maka relakanlah dia pergi.

Bersabarlah duhai hati..
Kerana Allah tahu apa yang kau perlukan, bukan apa yang kau mahukan..

Bersabarlah duhai hati..
Untuk mendapatkan apa yang kau mahukan,
Berdoalah..
Bersabarlah..
Letakkan pergantungan dan harapan doamu hanya padaNya..
Bersabarlah duhai hati






Tuesday, 13 March 2012

Fattabiouni - Rasulullah saw sentiasa senyum.flv




Tetaplah cuba untuk tersenyum meskipun derita menghimpit jiwa..
kerana senyumanmu mampu membuatkan orang lain turut tersenyum..
juga kerana Rasulullah SAW tetap tersenyum hingga ke akhir hayat baginda..

Monday, 12 March 2012

Ketika bila..


Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang SETIA, lakukan yang sama..
Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti..


Pesan pada diri (2)


Titisan jernih membasahi bumi,
Terasa dingin mencengkam diri,
Rindu yang tak mampu diungkapi, 
Ku pasrahkn pada Ilahi,
Kan terus ku bajai ukhuwwah ini,
Dengan rantaian doa yang tiada henti..

Sekian lama aku bermuhasabah diri. Aku cuba menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Menggembirakan hati dengan bersama keluarga dan sahabat-sahabat. Tapi di hati masih ada kekurangan. Ya, aku rindukan dia.
Apa khabarnya di sana?
Apa permasalahan yang membelenggu dirinya kini?

Seorang sahabat menasihatkan aku memberikan ruang waktu untuk kami. Tetap bersabar dan teruskan berdoa. Allahuakbar. Tetapkan imanku, jangan sampai aku menzalimi diri kerana kasih suci ini. Jangan sampai aku melakukan tindakan bodoh yang mampu menggugat imanku. Aku insan yang lemah ya Allah. Hanya padaMu aku terus berdoa. Hanya doa yang dapat mengubah takdirMu.

Bersahabat hingga ke syurga~



Sungguh aku rindu~

Friday, 9 March 2012

Pesan pada diri (1)


Sesungguhnya Nabi telah bersabda;
"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah!
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


La ilaha ila ALLAH by Mishary Rashid Al-Afasy



Syahdu dengar nasyid ini..
Muhasabah dan koreksi diri..
Dalam meraih redha Ilahi..

Satu permulaan baru~


Dengan lafaz mulia, Bismillahirahmanirahim, aku memulakan bait-bait penulisan ku pada hari ini. Syukur ya Allah kerana masih diberikan peluang untuk hidup pada hari ini untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumiMu ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.  Moga kita akan mendapat syafaat baginda di yaumul akhirat kelak. 

Kenapa aku harus membuka blog yang baru? Aku bukan ingin lari daripada masalah. Namun aku juga insan yang lemah. Blog terdahulu adalah rentetan daripada kisah hidup aku setahun yang lalu. Kisah antara kami banyak ku coretkan. Aku doakan Along bahagia di sana, meneruskan kehidupan sebagai Amirah al-Bayan. Perit untuk melepaskan ukhuwwah ini, namun siapa aku untuk menidakkan takdir? Bukankah selalu aku mengatakan kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah Maha Terbaik. Hanya kepada Allah aku memohon ampun, dan diberikan kekuatan. 

Azreen, saat air matamu terus mengalir;
Allah melihat setiap titik air mata yang membasahi bumi..
Allah mendengar rintihan dalam doa dan sujudmu..
Allah tahu akan kekuatanmu mengatasi ujianNya ini..
Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik atau mempertemukan kita berdua kembali dalam suasana yang lebih baik.

Ku lakarkan blog ini Permata Az-Zahra kerana aku ingin kenangi nama yang dulunya diabdikan oleh Along untuk aku..

Sungguh, aku tidak akan pernah berhenti menyayangi dan mendoakan. Kerana aku yakin akan kasih kita adalah rahmat kasihNya..