Wednesday, 16 May 2012

La Tahzan


Jatuh lagi airmata bukan bermakna kau lemah..
Selama ini kau mampu bertahan untuk menjadi kuat, dengan izinNya..
Biarkan airmata itu..
Biar ia menjadi saksi betapa kau mengasihinya sebagai SAHABAT..
Saat kau kematian rasa dan tiada siapa yang peduli,
Hanya pada NYA kau harus kembali..


Monday, 14 May 2012

Exam Mode


Musim peperiksaan datang lagi. Bagaimana perasaan? Hee, of course macam2 ada :D

InsyaAllah untuk semester ini, aku akan menduduki 5 paper. Antaranya EDU3106 Budaya dan Pembelajaran, MTE3109 Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan, MTE3110 Algebra Linear, PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, dan ELE3103 English for The Language Teacher. 

Minggu sebelum peperiksaan agak sibuk dengan pelbagai meeting Aqsa Syarif dan Mahasiswa. Ternyata untuk semester depan banyak yang harus dilaksanakan program Palestin di IPGKS. Juga dalam mempastikan wadah mahasiswa dapat direalisaikan.

Juga, Seminar Wanita:Go Halal!! Ternyata sebagai satu wake up call kepada kita sebagai pengguna ISLAM untuk mengetahui ke”halalan” makanan kita, bagaimana ia diproses. Ternyata jika ditelusuri satu persatu, kontaminasi boleh berlaku di mana2. Moga Allah terus mengampuni dosa2 kita. Allahu..

Sabda Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh ad-Dailami yg bmaksud:
Menuntut (mencari) yg HALAL adalah wajib ke atas setiap org islam.
Memang panelis2 forum bukanlah berkepakaran dalam bidang masing2. Ternyata awareness harus terus dipergiatkan kepada masyarakat Islam di luar sana, terutamanya di bumi Sarawak ini. Persepsi yang cukup sinonim, bila “ada pekerja pakai tudung, serve no pork halal lah kedai tu”. Hmmm..
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yg ada d bumi yg HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana syaitan itu musuh yg terang nyata bagi kamu (al-Baqarah:168)
Ternyata banyak yang harus dilakukan. Ikutkan kekuatan diri memang tidak berdaya. Tapi mohonlah pada Allah agar terus diberi kekuatan, dipelihara niat agar tidak akan timbul rasa riak dan bangga. Nauzubillahiminzalik.. Once niat kita sudah tidak betul, it will distract everything after that.

Saling mendoakanlah..
Bekerjalah dalam jemaah..
Terus memaafkan dan berlapang dada..
Teruskanlah menuntut ilmu..
Teruskanlah memperbaiki diri..
Kerana, apa yang DATANG DARI HATI, akan SAMPAI KE HATI..

Bittaufiq wannajah!! Man jadda wa jadda ^=^ Moga Allah berikankan ketenangan dan permudahkan untuk aku menjawab kesemua paper  aku untuk semester ini. Amin2 ya rob. Doakan kite yerrr :D

Bismillahitawakkaltu ‘ala Allahi wala hawla wala quwwata illa bilahil ‘azim



Friday, 11 May 2012

Pesan pada diri~



Pertemuan setahun yang lalu~

Sekian lama hidup dalam bayangan “Along”, akhirnya kini aku harus melepaskannya. 

Along dah dapat kerja, alhamdulillah.
Along akan habiskan master sekitar bulan Jun, alhamdulillah..

Azreen, Allah kan ada? DIA pasti akan gantikan yang terbaik untuk kau. You’ve done your part. Let the rest to Allah. Give yourself time

Ya, memang kau rindukan dia. Rindukan pelukan, ciuman, untuk berjemaah, tadabur Al-Quran, membaca, berpegangan tangan bersama seorang kakak, sahabat dan teman. Sungguh, UKHUWWAH itu AMAT MANIS!

Azreen, tebarkan kasihmu buat yang lain. Jangan rebah saat ini. Jangan sesekali!! “Jalan” ini masih perlukan kau untuk terus “bergerak dan bergerak”.
 
Along, inn sayang Along. Tetap sayangkan Along. Terima kasih atas memori yang pernah tercipta. Moga Allah temukan kita satu hari nanti dalam suasana yang lebih baik. 

Inn, kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah itu lebih baik buat setiap hambaNya. Kerana DIA tahu apa yang hambanya perlukan, bukan apa yang dimahukan.

Tetaplah tersenyum meskipun pahit. Teruskan mujahadahmu inn. Jangan mengalah! Kasih sayang Allah itu luas wahai permata az-zahra. Az-zahra kan serikandi yang hebat, puteri kesayangan Rasulullah SAW ^=^

Doa ini sentiasa ku titipkan untukmu dalam setiap relung doaku.

Ampuni aku ya Allah andai ini dugaan kau turunkan kerana melebihi cinta makhlukMu daripada cinta KHALIKKU sendiri..

Kan ku teruskan langkah mengejar cintaMU meski pincang langkahku..

Buat terakhir kalinya, izinkan ku ucapkan:

INN SAYANG ALONG!!


Inn bukalah lembaran baru dalam hidup kau.. Kisah lalu adalah kenangan dan sebahagian daripada sejarah hidup kau yang pastinya akan mematangkan kau untuk terus menapak sebagai KHALIFAH YANG OWSEM di bumi Allah.