Alhamdulillah,
kehadiran ke Muzakarah IPG Peringkat Pusat ternyata memberikan dimensi
pemikiran dan semangat baru untuk terus menjadi pengerak dan seterusnya
mengerakkan sahabat2 lain untuk dakwah di bumi Sarawak. Ternyata
amat singkat pertemuan dan perbincangan dalam sehari itu, namun peluang yang
ada digunakan sebaiknya dalam membincangkan segala permasalahan dan sumbang saran
idea dalam terus memantapkan dakwah di IPG masing2.
| Subhanallah, berjumpa dengan adikku Siti Nabilah Moin setelah sekian lama :) |
| Ukhti Nurul Iman (jzkk atas layanan yang amat owsem), mE, Bella, Ukhti Wardya :) |
Syukur
padaMu ya robb atas nikmat ukhuwwah yang tiada hentinya ini di saat hati
menangis hiba merindui sahabat itu. Satu pengalaman juga apabila melihat baitul
muslim yang dibina menyemai ikatan cinta dengan cara yang halal lagi penuh
hikmah. So sweet and romantic,
hinggakan aku sendiri termalu sendiri. Ya barangkali, mereka itu aku kenali sekian
lama di IPG, dan tidak menyangkakan itulah baitul muslim yang dibina hasil
dakwah dan tarbiyah di IPG. Subhanallah.
Di hati tetap berdoa apabila tiba saatnya
nanti, aku juga diberikan peluang yang sama untuk menjadi zaujah kepada imamku,
di samping kami terus mendokong dan berpimpinan untuk terus menjadi batu-bata
kepada terbinanya ustaziyatul alam satu hari nanti. InsyaAllah..
![]() |
| ^_^ (jum kawen) |
At the same time, apa yang aku harapkan bukanlah seideal yang aku inginkan. Itulah tarbiyah dari Allah Taala. Aku
tidak akan berhenti berdoa untuk mereka, kerana aku ingin reunion dengan mereka di
syurga Allah nanti.
| Terima kasih ya Allah atas pemberian mak dan bapa yang telah membesarkan dan mendidik aku. Rahmatilah mereka hingga ke syurgaMU |

No comments:
Post a Comment