![]() |
| Pertemuan setahun yang lalu~ |
Sekian lama hidup dalam bayangan “Along”,
akhirnya kini aku harus melepaskannya.
Along dah dapat kerja, alhamdulillah.
Along akan habiskan master sekitar bulan Jun, alhamdulillah..
Azreen, Allah kan ada? DIA pasti
akan gantikan yang terbaik untuk kau. You’ve
done your part. Let the rest to Allah.
Give yourself time.
Ya, memang kau rindukan dia.
Rindukan pelukan, ciuman, untuk berjemaah, tadabur Al-Quran, membaca,
berpegangan tangan bersama seorang kakak, sahabat dan teman. Sungguh, UKHUWWAH
itu AMAT
MANIS!
Azreen, tebarkan kasihmu buat
yang lain. Jangan rebah saat ini. Jangan sesekali!! “Jalan” ini masih perlukan kau untuk terus “bergerak
dan bergerak”.
Along, inn sayang Along. Tetap
sayangkan Along. Terima kasih atas memori yang pernah tercipta. Moga Allah
temukan kita satu hari nanti dalam suasana yang lebih baik.
Inn, kita merancang, Allah juga
merancang. Namun perancangan Allah itu lebih baik buat setiap hambaNya. Kerana
DIA tahu apa yang hambanya perlukan, bukan apa yang dimahukan.
Tetaplah tersenyum meskipun pahit.
Teruskan mujahadahmu inn. Jangan mengalah! Kasih sayang Allah itu luas wahai
permata az-zahra. Az-zahra kan serikandi yang hebat, puteri kesayangan
Rasulullah SAW ^=^
Doa ini sentiasa ku titipkan untukmu dalam setiap relung doaku.
Ampuni aku ya Allah andai ini
dugaan kau turunkan kerana melebihi cinta makhlukMu daripada cinta KHALIKKU
sendiri..
Kan ku teruskan langkah mengejar
cintaMU meski pincang langkahku..
Buat terakhir kalinya, izinkan ku
ucapkan:
INN SAYANG ALONG!!
Inn
bukalah lembaran baru dalam hidup kau.. Kisah lalu adalah kenangan dan
sebahagian daripada sejarah hidup kau yang pastinya akan mematangkan kau untuk
terus menapak sebagai KHALIFAH YANG OWSEM di bumi Allah.


No comments:
Post a Comment