Tuesday, 8 May 2012

Updating~


Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Sekian lama menyepikan diri lagi setelah tamat praktikum. Kenapa agaknya? Ya, dek kerana tanggungjawab yang menuntut untuk dilaksanakan.
InsyaAllah, bermula pada tahun ini aku dilantik menjadi person in charge (PIC) untuk Program Keindahan BersamaMU (KBM). Ternyata bukan satu tugas yang mudah kerana aku bukanlah individu yang baik dari segi perancangan. KBM pertama pada kali ini bertempat di SMK Bekenu, bersama-sama adik2 KASIH dan SAYANG. Sungguh, hati kita ini Allah yang pegang, jadi moga usaha yang sedikit ini dalam menyentuh hati2 mereka mampu membawa adik2 ini kepada penggerak kebangkitan Islam. Islam pasti akan berjaya satu hari nanti. Itu janji Allah! InsyaAllah, dalam masa seminggu lagi, KBM Kembali akan diadakan. Kejayaan sesuatu program bukan diukur dengan banyaknya tangisan atau gelak-tawa dalam program tersebut, namun follow-up selepas itu. Siapa yang dapat sustain dan berminat dalam pembinaan diri, mereka inilah yang kita harus “pegang” dan bimbing dengan sebaiknya. Jazakumullahu khairan kathira buat team KBM baik kepada pengendali slot iaitu Akh Shukri, Akh Sufri, Akh Izzat dan fasilitator2 Asyraf, Amir, Faiz, Hairul, Khalijah, Laeeba dan Syifaa atas komitmen dan kerjasama yang terbaik meskipun hampir semuanya adalah orang2 baru. Namun semangat ingin belajar dan bersedia untuk ditegur itulah yang amat diperlukan dalam proses pembinaan diri.. Semestinya buat Ukhti Hafizah atas bimbingan yang tiada henti sepanjang persiapan dan berlangsungnya program. Banyak yang harus diperbaiki. Proses pembelajaran itu pastinya memakan masa, dan ruang untuk berubah itu tidak pernah untuk disempitkan
Pada masa yang sama batch kami mengadakan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional. Allahuakbar, tiada yang mampu ku ucapkan tatkala dilema menghimpit diri. Saat itu terasa sendirian. Maafkan aku duhai sahabat2 andai ada hak2 kalian tidak dapat aku penuhi. Sungguh, aku juga masih bertatih. Saat inilah nilaian ukhuwwah itu diuji. Moga aku terus dapat berlapang dada dan sentiasa memaafkan.. 


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat IPG Kampus Sarawak Miri berjaya dilaksanakan (27-28 April 2012). Tahniah buat anak2  buahku kerana setelah 3 tahun KOT ini tidak dapat dilaksanakan. Ternyata aku kagum dengan ketekunan dan kerjasama mereka. Bermula dengan bertungkus-lumus mengecat padang dalam tempoh kurang daripada seminggu, ternyata satu pengalaman baru juga buat diriku. Kerana nanti, itulah praktikal yang harus dilakukan di sekolah jika tiada kemudahan padang yang disediakan. Tiada tekanan dirasai kerana kami masing-masing masih mampu bergelak ketawa dan menikmati setiap detik melakukan kerja tersebut bersama-sama. Subhanallah! Pada KOT itu juga, kami PISMP Semester 5 harus menjadi pegawai kejohanan.. Hee, aku juga mengambil bahagian untuk acara 1500 meter.. Apa yang lucunya adalah, aku sendiri sebagai pemantau untuk KOT tidak mengetahui acara tersebut diawalkan sedangakn sebelum itu aku yang beria-ia memanggil peserta untuk melaporkan diri. Sebelum bermulanya acara tersebut, aku telah breakfast di kafeteria. Sampai sahaja di padang, rupanya acara aku akan bermula sebentar lagi. Aduhai, apa lagi, nak tak nak, bertanding juga demi rumah sukan tercinta. Pusingan pertama aku mendahului, namun pusingan seterusnya aku menajdi perlahan dek kerana masih kekenyangan. Apa2 pun aku berasa gembira kerana dapat ikut serta untuk acara favourite aku.  Adik-adikku, segala teguran dan cemuhan, jangan jadikan semua itu peluntur semangat kalian. Resam manusia, tidak akan pernah berpuas hati.. Segala teguran yang membina, jadikan ia sebagai penambahbaikan di kemudian hari. Mereka tidak akan merasa selagi tidak berada dalam kepimpinan. Namun jangan pernah menyesal kerana anda adalah insan2 terpilih untuk berada dalam kepimpinan JPP pada tahun ini.
Pengalaman jadi pegawai kejohanan :)
Padang yang memerah keringat. Jzkk anak-anak buahku di barisan JPP
Dan alhamdulillah, pada Ahad yang lepas juga (29 April 2012) berjaya dilaksanakan Program Aqsa@IPT (Palestin di Hati Kita). Palestin seringkali dilihat sebagai isu keagamaan namun kita harus luaskan minda kita bahawa isu Palestin adalah isu sejagat. Semestinya, kita sebagai umat Islam harus sedar bahawa Masjidil Aqsa adalah masjid suci ketiga yang harus kita pertahankan. Sungguh secara peribadinya, perjumpaan dengan Akh Mus’ab (YDP MPP UNIMAS) juga antara wakil mahasiswa yang pergi ke Misi Aqsa2Gaza 2 memberikan dimensi pemikiran dan semangat yang baru baik dari perjuangan Palestin mahupun kepentingan kepada orang2 kita untuk berada dalam kepimpinan itu sendiri. Moga terus istiqamah dan tsabat.. InsyaAllah, aku akan membuka entri terbaru khas untuk Ruangan Palestin pada blog ini.. Jangan nanti kita tersungkur di pintu syurga dek kerana anak2 Palestin menarik kaki kita yang belum membayar “hutang2” kepada mereka.

Aktiviti sewaktu Wall of Solidarity
Hasil karya adik2 Curtin :) Nice art
Penceramah jemputan, Akh Mus'ab (YDP MPP UNIMAS). Jzkk akh

Booth Rose2Rose
Chantek :)
Si Amar yang comel. Moga menjadi mujahid sejati. Amin2 ya robb
Majlis Penanguhan Palestin Di Hati Kita

Pelancaran Tabung Palestin Peringkat IPGKS
Looking forward to collaborate for the next program, insyaAllah :)

Sepanjang tempoh ini, alhamdulillah dapat berkenalan dengan brothers and sisters (pangkat adik-adik lah) dari Curtin.. Ahlan wa sahlan ke bumi Miri, dan dalam bidang tarbiyah ini adik-adikku.. Salam ukhuwwah, salam mahabbah adik2ku. Moga kehadiran kalian akan terus mewarnai bumi tarbiyah di bumi Miri ini khususnya sebagai bekalan dan dalam menuju alam dewasa yang lebih bererti. Ya Allah, sebagaimana aku membimbing adik2 ini, moga nanti ada yang membimbing adikku nanti saat dia mula melanjutkan pelajarannya. I may looks fierce with my little brother, but deep inside, I love him and hoping the best for him. Kerana aku ingin kami sekeluarga reunion  sama2 di SYURGA ALLAH nanti
Ini sahaja updates yang dapat aku kongsikan bersama dalam tempoh masa yang ada ini. Tambahan pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sakit ini tanda kasih Allah untuk meringankan beban2 dosa di hari perhitungan kelak..
“Gelora” di hati tak siapa yang tahu. Moga ujian ukhuwwah ini terus membuatkan aku lebih tabah dan kuat. Allahu.. Sahabat2 doakan aku ye dalam doa kalian..

No comments:

Post a Comment