Friday, 9 March 2012

Satu permulaan baru~


Dengan lafaz mulia, Bismillahirahmanirahim, aku memulakan bait-bait penulisan ku pada hari ini. Syukur ya Allah kerana masih diberikan peluang untuk hidup pada hari ini untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumiMu ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.  Moga kita akan mendapat syafaat baginda di yaumul akhirat kelak. 

Kenapa aku harus membuka blog yang baru? Aku bukan ingin lari daripada masalah. Namun aku juga insan yang lemah. Blog terdahulu adalah rentetan daripada kisah hidup aku setahun yang lalu. Kisah antara kami banyak ku coretkan. Aku doakan Along bahagia di sana, meneruskan kehidupan sebagai Amirah al-Bayan. Perit untuk melepaskan ukhuwwah ini, namun siapa aku untuk menidakkan takdir? Bukankah selalu aku mengatakan kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah Maha Terbaik. Hanya kepada Allah aku memohon ampun, dan diberikan kekuatan. 

Azreen, saat air matamu terus mengalir;
Allah melihat setiap titik air mata yang membasahi bumi..
Allah mendengar rintihan dalam doa dan sujudmu..
Allah tahu akan kekuatanmu mengatasi ujianNya ini..
Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik atau mempertemukan kita berdua kembali dalam suasana yang lebih baik.

Ku lakarkan blog ini Permata Az-Zahra kerana aku ingin kenangi nama yang dulunya diabdikan oleh Along untuk aku..

Sungguh, aku tidak akan pernah berhenti menyayangi dan mendoakan. Kerana aku yakin akan kasih kita adalah rahmat kasihNya..

No comments:

Post a Comment