Selawat
dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
Syukur
padaMu ya Allah atas segala nikmat yang diberikan hingga hari ini.
Hari
ini aku telah berusia 22 tahun 18 hari.. Umur baru. Ternyata masih banyak
kelompangan diri. Namun aku juga masih mencuba untuk jadi yang terbaik. Bukan
sahaja di hadapan manusia, yang pastinya untuk aku menemui penciptaKu nanti.
Telah
3 minggu aku mula praktikum di SK Merbau. Perjalanan yang mengambil masa lebih
kurang 45 minit dari rumah ternyata satu perjalanan yang panjang dan
memenatkan. Ternyata setiap yang ku lalui saban hari adalah proses tarbiyah
bagiku. Mungkin kini aku tidak lagi cengeng seperti dulu. Kepenatan, kesedihan,
kerinduan, kekangan kewangan, semua perasaan yang ada tidak mampu ku ungkapkan.
Pada Allah tempat aku mengadu dan bergantung harap.
Along,
tidak akan pernah hilang dari hidup aku. Salah aku kah yang terlalu
menyayanginya? Aku cuma harapkan seketika waktu dalam sehari untuk aku
berkongsi dengannya. Allahu!! Hanya Allah yang memegang hati setiap hambaNya,
maka lembutkanlah hati kami untuk sama-sama memperbaiki ukhuwwah ini ya Allah,
berikan kekuatan kepada kami, runtuhkanlah tembok keegoaan dalam diri kami.
Allahukabar!
Another week to go, dan moga ini terus diberi kekuatan dan semangat para
Nabi dan rasul ulul azmi. Tanggungjawab di JPP harus aku laksanakan, begitu
juga dengan dakwahku. Terkadang diri menjadi lemah kerana “CINTA”. Cinta akan
duniawi, cinta akan manusia. Beri aku kekuatan ya Allah dalam memperbaiki
cintaku kepadaMu dan rasulMu.
No comments:
Post a Comment